Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak
pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana
di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah
ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan
tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan
orang-orang kafir.
Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan,
dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap
malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis
riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah
setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan
selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia
dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah
Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40
kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan
tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah
pula.”
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain
* Ubay bin ka’b berkata bahwa Rasullulah saw bersabda:” barang siapa
yang membaca surat Al-Waqi’ah, ia akan dicatat tidak tergolong
pada orang-orang yang lalai.
* Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa Rasullulah saw
bersabda”barang siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah,ia tidak akan
tertimpa oleh kefakiran selamanya"
* Imam Ja’far Ash- Shadiq berkata :”barang siapa yang membaca
surat Al-Waqi’ah pada malam jum’at ,ia akan dicintai oleh Allah,
dicintai oleh manusia,tidak melihat kesengsaraan,
kefakiran,kebutuhan,dan penyakit dunia,surat ini adalah bagian dari
sahabatAmirul Mukimin (sa) yang bagi beliau memiliki keistimewan yang
tidak tertandingi oleh yang lain.”
* Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata:”barang siapa yang membaca
surat Al-Waqi’ah sebelum tidur,ia akan berjumpa dengan Allah dalam
keadaan wajahnya seperti bulan purnama.”
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang
membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis
(sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang
berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan
membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas
solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan
ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah
berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat
fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai
pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas
solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’
bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi
sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan
petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang
nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika
dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis,
kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera
melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak
bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu
berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari
Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan
ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah
Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah
solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan
Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
0 komentar:
Posting Komentar